1. Gigi anak saya belum tumbuh jadi tidak perlu membersihkan rongga mulut bayi, hanya perlu minum air selepas menyusu.
Salah. Ibu bapa perlu mengamalkan pembersihan gusi, lidah dan gigi bayi pada setiap hari
2. Anak yang sedang tumbuh gigi (pertumbuhan gigi belum lengkap) tidak perlu memberus gigi, cukup sekadar lap dengan kain tuala sahaja.
Salah. Ibu bapa sepatutnya membiasakan memberus gigi bayi sejak kecil lagi sebaik saja gigi pertama tumbuh
3. Anak saya menggunakan ubat gigi tanpa fluorida dan ianya selamat sekiranya tertelan ubat gigi sewaktu memberus gigi.
Salah. Ubat gigi fluorida berfungsi membantu mencegah karies gigi susu dan menguatkan struktur gigi. Tetapi ianya perlu diludahkan selepas memberus gigi, oleh itu, ibu bapa haruslah memantau anak sehingga mereka berupaya untuk memberus gigi secara sempurna (dengan teknik yang betul)
4. Anak saya belum pandai meludah ubat gigi, ibu bapa tidak perlu menggunakan ubat gigi semasa memberus gigi.
Salah. Ubat gigi yang berfluorida dapat melindungi permukaan gigi dan anak kecil perlu dilatihkan untuk meludah ubat gigi semasa memberus gigi
5. Anak saya tidak suka / tidak mahu memberus gigi, jadi ibu bapa hanya memberus gigi mengikuti kemahuan anak.
Salah. Amalan memberus gigi perlu dilatih sejak kecil dan ibu bapa perlu membantu dan memantau memberus gigi anaknya dengan teknik yang betul sehingga berumur 7-8 tahun atau sehingga mereka berupaya untuk memberus gigi sendiri secara sempurna
6. Anak saya selalu menyusu botol susu sebelum tidur malam. Ibu bapa tidak perlu membersihkan mulut anak kerana ini akan mengganggu tidurnya.
Salah. Teknik “lift the lip” ini dapat memudahkan ibu bapa untuk membersihkan mulut anak dengan kain lembap selepas menyusu/makan
7. Saya selalu memberi keropok, gula-gula, minuman kotak dan coklat untuk memujuk anak semasa menanggis.
Salah. Makanan manis merupakan kegemaran kebanyakan anak kecil dan amalan pemakanan yang manis secara kerap dan berterusan akan mengundang risiko kejadian kerosakkan gigi susu
8. Ibu bapa tidak perlu membawa anak kecil untuk pemeriksaan gigi jika tiada berlaku kerosakkan / masalah pergigian.
Salah. Pemeriksaan pergigian adalah digalakkan sebaik sahaja gigi pertama telah tumbuh dan dilakukan secara berkala (sekurang-kurangnya sekali setahun)
9. Anak saya baru berumur 1 tahun dan masih kecil untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.
Salah. Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan dan perkhidmatan pergigian pencegahan toddler seperti sapuan fluorida di klinik pergigian yang berdekatan seawal gigi pertama anak sudah tumbuh
10. Adakah ibu bapa tahu bahawa mulut dan gigi bayi perlu diperiksa sendiri dan direkodkan di buku kesihatan bayi semasa proses pertumbuhan gigi di rumah ?
Penerangan: Carta pergigian di muka surat 39/40 dalam buku REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0-6 TAHUN) perlu diisi dan dilengkapkan oleh ibu bapa semasa gigi anaknya tumbuh
11. Pernahkah ibu bapa memeriksa mulut dan gigi bayi melalui cara "Lift the lip"
Penerangan: Cara "Lift the lip" ini mudah dilakukan dan tidak menyakitkan. Ini memudahkan ibu bapa untuk membuat pemeriksaan kendiri di rumah dan memantau pertumbuhan gigi susu anak
12. Adakah ibu bapa tahu cara "lift the lip" untuk periksa mulut dan pembersihan gigi bayi?
Penerangan: "Lift the lip" merupakan teknik mudah dengan hanya mengangkat bibir atas dan bawah untuk melihat gigi dan gusi atas dan bawah semasa memeriksa atau membersihkan mulut anak
13. Ibu bapa tidak perlu membuat pemeriksaan mulut anak di rumah kerana anak akan mendapat pemeriksaan mulut ketika berada di klinik pergigian.
Salah. Ibu bapa perlu membuat pemeriksaan pergigian anak sendiri di rumah supaya dapat membiasakan anaknya untuk berkerjasama dan membuka mulut semasa berada di klinik pergigian
14. Tahukah ibu bapa terdapat perkhidmatan pergigian pencegahan toddler (Program Toddler) di KKIA secara berjadual?
Penerangan: Program Toddler di KKIA dilawati oleh Juruterapi Pergigian mengikut jadual berkala yang telah ditetapkan. Ibu bapa boleh merujuk dengan Jururawat Kesihatan untuk mendapatkan temujanji pemeriksaan pergigian / sapuan fluorida anak
15. Adakah sapuan fluorida ini selamat dan berkesan untuk mencegah masalah kerosakkan awal gigi anak saya?
Betul. Sapuan fluorida adalah gel yang disapu pada permukaan gigi secara berkala (6 bulan sekali). Ianya selamat untuk kanak-kanak dan bantu menguatkan struktur gigi serta mencegah kerosakkan awal gigi. Memberus gigi 2 kali sehari dan kurangkan pengambilan makanan manis dapat mengelakkan risiko kejadian karies gigi susu anak