Hai! Selamat kembali ke portal kami. Hari ini kami akan berkongsi tentang buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak pula.
Berikut adalah buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0 - 6 tahun) yang diberikan kepada bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan. Terdapa dua warna muka depan iaitu warna merah jambu (untuk bayi perempuan) dan warna biru (untuk bayi lelaki). Buku rekod ini akan digunakan untuk merekod kesihatan bayi sehinggalah umur 6 tahun. Oleh itu, penyimpanan buku rekod ini adalah penting.
![]() |
Buku rekod kesihatan bayi perempuan |
![]() |
Buku rekod kesihatan bayi lelaki |
Selain kepentingan untuk merekodkan kesihatan dan memantau pertumbuhan kanak-kanak, tahukah anda bahawa terdapat banyak informasi yang penting dan bermanfaat kepada ibu bapa?
![]() |
Muka surat 26 |
Seperti yang tertera dalam gambar di atas, terdapat beberapa info yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan pergigian bayi. Sekiranya tidak diendahkan oleh ibu bapa, ini akan mendatangkan risiko karies gigi susu iaitu kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun yang melibatkan satu atau lebih batang gigi (akan dibincangkan kemudian).
![]() |
Muka surat 28 |
Pada muka surat 28 pula, terdapat grafik berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan. Sekali lagi, diingatkan agar ibu bapa tidak membiarkan bayi tidur dengan botol di dalam mulut sebab gigi susu adalah penting untuk kemudian hari (akan dibincangkan kemudian).
![]() |
Muka surat 32 |
Ibu bapa berperanan dalam memupuk sifat menjaga kesihatan gigi sejak dari usia yang muda lagi agar ia menjadi sebagai satu habit sehingga mereka dewasa. Ibu bapa atau pengasuh perlu membantu/menyelia mereka ketika mereka memberus gigi sehinggalah mereka boleh memberus gigi sendiri dengan sempurna.
PERHATIAN...
Ibu bapa disarankan untuk mengisikan tarikh pertumbuhan gigi anak anda pada muka surat 40 dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak.
![]() |
Muka surat 40 |
*Terdapat jadual anggaran umur pertumbuhan gigi susu di bahagian bawah muka surat tersebut
No comments:
Post a Comment