Wednesday, June 2, 2021

PENJAGAAN KESIHATAN GIGI KANAK-KANAK

Kesihatan pergigian yang sihat adalah penting bagi kanak-kanak. Pendedahan terhadap kesihatan gigi sejak usia yang awal boleh menjadikan gigi sihat sepanjang hayat. 


Ibu bapa/penjaga/pengasuh memainkan peranan penting untuk: 

1.    Beri kanak-kanak makanan yang sihat, berkhasiat dan diet yang seimbang

  • Beri pelbagai jenis makanan penuh dengan pelbagai nutrisi
  • Jangan bersi minuman manis dalam botol susu
  • Jangan biarkan kanak-kanak tidur dengan botol di dalam mulut, ini akan mengakibat gigi menjadi mudah rosak (karies botol susu) 
  • Kurangkan pengambilan dan kekerapan gula
  • Pilih makanan yang kurang gula
  • Menggantikan diet seperti gula-gula dan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Galakkan penggunaan cawan bermula dari usia 6 bulan

 

2.    Jaga kebersihan mulut dan gigi
  • Ibu bapa/penjaga/pengasuh perlu membantu dan menyelia mereka memberus gigi sehinggalah mereka berusia 6-8 tahun atau sudah boleh memberus gigi secara sendiri dengan sempurna (dengan teknik yang betul)
  • Pastikan mereka memberus gigi sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam) menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Pilih berus gigi yang sesuai, bersaiz kecil dan lembut

 

 Bagi bayi yang tidak mempunyai gigi:

  • Bersihkan lidah dan gusi daripada sisa-sisa susu
  • Gunakan kain kasa atau sapu tangan bersih yang dibalut di sekeliling jari telunjuk ibu bapa/penjaga/pengasuh

 

Bagi kanak-kanak bawah 3 tahun:
  • Gigi diberus oleh ibu bapa/penjaga/pengasuh 
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan hanya gunakan secalit ubat gigi berfluorida sahaja

 

Bagi kanak-kanak atas 3 tahun:
  • Gunakan ubat gigi berfluorida bersaiz kacang pea sahaja
  • Berus kesemua gigi dengan bersih dan teliti
  • Pastikan mereka meludah ubat gigi selepas selesai memberus gigi
  • Galakkan mereka untuk berkumur selepas makan dan minum terutamanya selepas pengambilan gula/manis

 

3.    Lakukan pemeriksaan mulut kanak-kanak dengan kaedah Angkat Bibir (Lift the Lip) untuk mengesan tanda awal karies gigi
  • Periksa mulut mereka secara berkala
  • Angkat bibir dan lihat keseluruhan permukaan gigi
  • Tumpukan perhatian pada permukaan gigi sebelah pinggir gusi di mana karies gigi sering bermulaAwasi tanda awal karies gigi seperti:
    • garisan/bintik/tompok 
    • yang berwarna putih/coklat/hitam

 

4.    Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala di klinik setahun sekali

  • Mulakan lawatan ke klinik pergigian apabila mereka berusia setahun
  • Dapatkan sapuan fluorida/varnis fluorida di klinik pergigian berdekatan 
    • Varnis fluorida adalah cecair yang mengandungi bahan fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakkan gigi (karies gigi)
    • Rawatan yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat
    • Disyorkan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun




No comments:

Post a Comment