Buku merah yang diberikan kepada ibu mengandung bukan sahaja untuk merekodkan kesihatan ibu mengandung tetapi juga terdapat pelbagai info kesihatan yang bermanfaat untuk ibu, termasuklah info penjagaan kebersihan mulut yang terdapat pada muka surat 56.
Penjagaan kesihatan pergigian ibu mengandung
- Berus gigi dua kali sehari (pagi dan malam sebelum tidur)
- Gunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi
- Pilih berus gigi yang lembut dan ubat gigi berfluorida
- Mendapatkan lawatan awal ke klinik pergigian untuk mencegah masalah pergigian
- Penjagaan diet makan yang sihat juga boleh membantu dalam mengatasi masalah pergigian. (Elakkan/kurangkan minuman berkarbohidrat/bergula, lebihkan minum air/susu)
- Sekiranya sering loya/muntah, elakkan memberus gigi sebaik sahaja muntah, bersihkan mulut dengan berkumur dan tunggu 30 minit sebelum memberus gigi