Tuesday, June 15, 2021
GIGI SUSU ITU PENTING
Wednesday, June 2, 2021
PENJAGAAN KESIHATAN GIGI KANAK-KANAK
Kesihatan pergigian yang sihat adalah penting bagi kanak-kanak. Pendedahan terhadap kesihatan gigi sejak usia yang awal boleh menjadikan gigi sihat sepanjang hayat.
Ibu bapa/penjaga/pengasuh memainkan peranan penting untuk:
1. Beri kanak-kanak makanan yang sihat, berkhasiat dan diet yang seimbang
- Beri pelbagai jenis makanan penuh dengan pelbagai nutrisi
- Jangan bersi minuman manis dalam botol susu
- Jangan biarkan kanak-kanak tidur dengan botol di dalam mulut, ini akan mengakibat gigi menjadi mudah rosak (karies botol susu)
- Kurangkan pengambilan dan kekerapan gula
- Pilih makanan yang kurang gula
- Menggantikan diet seperti gula-gula dan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Galakkan penggunaan cawan bermula dari usia 6 bulan
2. Jaga kebersihan mulut dan gigi
- Ibu bapa/penjaga/pengasuh perlu membantu dan menyelia mereka memberus gigi sehinggalah mereka berusia 6-8 tahun atau sudah boleh memberus gigi secara sendiri dengan sempurna (dengan teknik yang betul)
- Pastikan mereka memberus gigi sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam) menggunakan ubat gigi berfluorida
- Pilih berus gigi yang sesuai, bersaiz kecil dan lembut
Bagi bayi yang tidak mempunyai gigi:
- Bersihkan lidah dan gusi daripada sisa-sisa susu
- Gunakan kain kasa atau sapu tangan bersih yang dibalut di sekeliling jari telunjuk ibu bapa/penjaga/pengasuh
Bagi kanak-kanak bawah 3 tahun:
- Gigi diberus oleh ibu bapa/penjaga/pengasuh
- Gunakan berus gigi yang sesuai dan hanya gunakan secalit ubat gigi berfluorida sahaja
Bagi kanak-kanak atas 3 tahun:
- Gunakan ubat gigi berfluorida bersaiz kacang pea sahaja
- Berus kesemua gigi dengan bersih dan teliti
- Pastikan mereka meludah ubat gigi selepas selesai memberus gigi
- Galakkan mereka untuk berkumur selepas makan dan minum terutamanya selepas pengambilan gula/manis
3. Lakukan pemeriksaan mulut kanak-kanak dengan kaedah Angkat Bibir (Lift the Lip) untuk mengesan tanda awal karies gigi
- Periksa mulut mereka secara berkala
- Angkat bibir dan lihat keseluruhan permukaan gigi
- Tumpukan perhatian pada permukaan gigi sebelah pinggir gusi di mana karies gigi sering bermulaAwasi tanda awal karies gigi seperti:
- garisan/bintik/tompok
- yang berwarna putih/coklat/hitam
4. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala di klinik setahun sekali
- Mulakan lawatan ke klinik pergigian apabila mereka berusia setahun
- Dapatkan sapuan fluorida/varnis fluorida di klinik pergigian berdekatan
- Varnis fluorida adalah cecair yang mengandungi bahan fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakkan gigi (karies gigi)
- Rawatan yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat
- Disyorkan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun
Tuesday, June 1, 2021
BUKU REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK (0 - 6 TAHUN)
Hai! Selamat kembali ke portal kami. Hari ini kami akan berkongsi tentang buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak pula.
Berikut adalah buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0 - 6 tahun) yang diberikan kepada bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan. Terdapa dua warna muka depan iaitu warna merah jambu (untuk bayi perempuan) dan warna biru (untuk bayi lelaki). Buku rekod ini akan digunakan untuk merekod kesihatan bayi sehinggalah umur 6 tahun. Oleh itu, penyimpanan buku rekod ini adalah penting.
![]() |
Buku rekod kesihatan bayi perempuan |
![]() |
Buku rekod kesihatan bayi lelaki |
Selain kepentingan untuk merekodkan kesihatan dan memantau pertumbuhan kanak-kanak, tahukah anda bahawa terdapat banyak informasi yang penting dan bermanfaat kepada ibu bapa?
![]() |
Muka surat 26 |
Seperti yang tertera dalam gambar di atas, terdapat beberapa info yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan pergigian bayi. Sekiranya tidak diendahkan oleh ibu bapa, ini akan mendatangkan risiko karies gigi susu iaitu kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun yang melibatkan satu atau lebih batang gigi (akan dibincangkan kemudian).
![]() |
Muka surat 28 |
Pada muka surat 28 pula, terdapat grafik berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan. Sekali lagi, diingatkan agar ibu bapa tidak membiarkan bayi tidur dengan botol di dalam mulut sebab gigi susu adalah penting untuk kemudian hari (akan dibincangkan kemudian).
![]() |
Muka surat 32 |
Ibu bapa berperanan dalam memupuk sifat menjaga kesihatan gigi sejak dari usia yang muda lagi agar ia menjadi sebagai satu habit sehingga mereka dewasa. Ibu bapa atau pengasuh perlu membantu/menyelia mereka ketika mereka memberus gigi sehinggalah mereka boleh memberus gigi sendiri dengan sempurna.
![]() |
Muka surat 40 |
*Terdapat jadual anggaran umur pertumbuhan gigi susu di bahagian bawah muka surat tersebut